Perbanyakkanlah bershalawat di Bulan Sya’ban ….
Bulan Rajab telah berlalu dan, alhamdulillah, kini kita sedang berada di bulan Sya’ban dan moga-moga Allah sampaikan kita ke bulan Ramadhan. Ameen.
Kalau di bulan Rajab, merupakan bulan yang berlaku padanya peristiwa Isra’ wal Mi’raj dimana Rasulullah menerima perintah mengerjakan sholat langsung dari Allah Azzawajalla, maka di bulan Sya’ban pula terdapat beberapa peristiwa, diantaranya adalah:
terjadinya peristiwa terbelahnya bulan yang sebagaimana tersebut dalam al-Quran di surah al-Qomar ayat 1
turunnya perintah penukaran qiblat dari Masjidilaqso ke Masjidilharam sebagaimana yang dijelaskan di dalam surah al-Baqarah ayat 144
dan turunnya perintah supaya bersholawat ke atas junjungan mulia Rasulullah sebagaimana yang tersebut di surah al-Ahzaab ayat 56.
Allah Azzawajalla berfirman:
artinya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bersholawat keatas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bersholawatlah kamu keatas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (surah al-Ahzaab: 56)
Maka kerana itulah bulan Sya’ban ini dikenali sebagai Syahrussholati, kerana dibulan inlah turunnya ayat diatas. Tatkala turun ayat tersebut (ayat al-Ahzab: 56), maka shahabat bertanya kepada Rasulullah bagaimana bersholawat kepada Baginda sebagaimana tersebut di dalam beberapa riwayat, maka Rasulullah bersabda, antaranya: Kalian ucapkanlah:
Maka memperbanyakkan sholawat kepada junjungan kita Rasulullah .
Adapun sighah sholawatnya terpulanglah … … mau bersholawat dengan sholawat Ibrahimiyyah … silakan, bahkan inilah yang terbaik kerana ianya sighah yang terpilih untuk dibacanya di dalam tasyahhud akhir. Syaikh Yusuf an-Nabhani menyebut di dalam kitabnya Afdhalush Sholawaat ‘ala Sayyidis Saadaat ketika membicarakan berkenaan sholawat ini, antara katanya:-
Inilah sighah sholawat yang paling sempurna yang ma`tsur diriwayatkan daripada Junjungan Nabi
Selain itu boleh juga bersholawat dengan sholawat Tafrijiyyah, Munjiyyah, Fatih, Tibbil Qulub dan sebagainya silakan …. Semuanya punya kelebihan yang besar. Usah dihiraukan sangat dengan ‘golongan ekstrim itu’ yang mengatakan sighah sholawat ini bid’ah! … sighah sholawat ini syirik! … dsb …. Biarkan mereka sibuk ‘meratibkan’ tuduhan, tohmahan tersebut. Kita jangan disibukkan dengan ‘ratib ‘mereka tuu’ …… sibukkanlah diri kita dengan memperbanyakkan sholawat …. Pilihlah mana-mana sholawat yang disukai, disini terdapat pelbagai sighah sholawat yang boleh dipilih.
Diantara kelebihan bershalawat ini, menurut ulama … shalawat ini mudah dikerjakan manakala pahalanya besar … bahkan walaupun ianya dibaca dengan tidak hadir hatinya, atau dibaca dengan disertai rasa riya’, ujub, atau dibaca dalam keadaan lalai dengan tidak menghadirkan dan menghayati maknanya atau lain-lainnya … tetap saja diterima Allah kerana ketinggian kedudukan Rasulullah disisi Allah … kerana kecintaan Allah kepada
Andaikata kita tidak mampu untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah lain seperti sholat sunat terutamanya tahajjud, puasa maka bershalawatlah sebanyak-banyaknya. Perhatikan apa yang disebut Imam Ibnu ‘AthoIllah as-Sakandari dalam kitabnya “Bahjatun-Nufus” yang ambo petik dari blog Abu Muhammad:-
Orang yang tidak mampu memperbanyak berpuasa dan melakukan sholat malam (yakni sholat-sholat sunnat pada waktu malam) hendaknya menyibukkan diri dengan bersholawat ke hadrat Junjungan Rasulullah. Seandainya sepanjang hidup, engkau melakukan seluruh amal ketaatan, lalu Allah memberikan satu sholawat sahaja atasmu, tentu satu sholawat tersebut lebih berat dari semua amal ketaatan yang engkau lakukan selama tempoh tersebut. Sebab engkau bersholawat sesuai dengan kapasiti kemampuanmu, sedangkan sholawat daripada Allah adalah sesuai dengan sifat rububiyah (ketuhanan)Nya. Ini baru satu sholawat, maka bagaimana pula jika Allah membalasmu dengan sepuluh sholawat bagi satu sholawatmu ke hadrat Junjungan seperti keterangan hadits ? Menurut Sayyidina Abu Hurairah, Junjungan Rasulullah bersabda:- “Sesiapa yang bersholawat atasku sekali, Allah akan bersholawat ke atasnya sepuluh kali.” Betapa indahnya hidup ini jika engkau isikan dengan taat kepada Allah, dengan sentiasa berzikir kepadaNya dan sibuk bersholawat atas Junjungan Nabi di setiap waktu disertai hati yang ikhlas, jiwa yang tulus, niat yang baik dan perasaan cinta kepada Junjungan Rasulullah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar